Jumaat, 8 Ogos 2008

Selipar buruk, tahlil arwah dan Konvokesyen

Bismillah,

ari ni tak pergi ofis duduk kat rumah je. Semalam balik tengahari sebab kena ambik didi. cikgu masyitah yang selalu antar didi kena demam denggi plak.

pagi ni lepas sarapan pergi hantar anak2 sekolah. pegi antar didi dulu pastu baru asim dan aqin. lepas tu pegi beli selipar jepun sebab kat rumah dah takder selipar nak pakai pergi sembahyang jumaat nanti. masa pegi sembahyang kat opis 2,3 minggu lepas selipar buruk aku kena kebas. entah terpinjam ke terambil ke tak tau la. so terpaksa la ambik selipar kat rumah ganti letak kat opis. ni kira beli nak ganti balik la. beli 2, satu letak kat rumah satu letak kat dalam kereta. nanti kalau kena kebas lagi boleh ambik dalam kereta. nak marah tak guna, baik sedekah je kan.

malam ni malam terakhir kenduri tahlil arwah isteri mat penang. dua malam lepas tak pegi so malam ni cadangnya nak pergi la. petang ni nak kena pegi Giant plak nak cari baru kurung my wife. esok dia convo kat UKM so nak kena pakai baju cantik la skit kan.

esok pagi kena bertolak awal, mungkin dlm pkl 6.30 sebab 7.30 dah kena ada kat sana. bawak anak2 dan parents in-law sekali. mungkin dorang masuk kat dalam dan aku jaga budak2. dulu masa my wife convo kat UK aku masuk dengan pak mertua sebab mak mertua terpaksa balik malaysia emak dia (nenek wife aku la) sakit masa tu. so kali ni harap2 dapat la dia tengok anak kesayangan dia ni convo. nak kena sediakan tisu la plak ni sebab mak mertua aku ni drama queen kata anak bongsu dia.

Tiada ulasan: