Ahad, 10 Ogos 2008

Abah nak jadi Tan Sri?

Bismillah,

semalam 9/8 convo wife aku kat UKM. memang penat betul. biasalah konvo, dah lah tu sidang pertama lak tu. pkl 6.40 pagi bertolak dari rumah sampai dlm pkl 7.20 pagi. tempat letak kereta hampir penuh. last2 aku park dekat dengan padang tak jauh dari dewan konvo.

selepas wife aku and mak bapak dia masuk dewan aku duduk ngan anak2. maid aku bawak sekali in case kena tinggalkan anak2 nak pegi toilet ke senang la skit. memula round gerai2 bunga. plan nak belikan satu kat wife aku. didi pilih la satu bunga tu. mak oi RM35 untuk satu jambak (6 kuntum bunga - ros kot). aku ni mana pernah beli bunga untuk konvo so tak tahu lah harga standard berapa ringgit. ingatkan nak round2 dulu survey dah didi nak juga yang tu beli je lah.

masa tu jam baru pkl 8 pagi. jenuh juga nak tunggu sebab jangkaan abih pkl 12.30. aku cari2 lah tempat untuk tengok tru screen sebab biasanya kalau tak leh masuk dewan konvo akan ada screen kat luar. asalnya aku nak cari toilet dulu tetiba nampak ada entrance kat tepi toilet tu so aku jenguk2 la. rupa nya depa pasang screen tu kat dalam bangunan tu - panggung seni. so lepas tu pegi ambik anak2 & maid kat keta and masuk terus kat dlm panggung seni tu.

masa tengah tengok screen tu dia paparkan nama yang menerima anugerah. ada satu tu Tan Sri Sulaiman yang dapat anugerah Doktor kehormat. asim yang memang selalu teruja dengan "Tan Sri" tu ckp kat aku " eh Tan Sri la abah". baru aku ingat masa hari sukan tadika didi pada ahad lepas Tan Sri Abu Hassan Omar (bekas menteri besar selangor) yang rasmikan hari sukan tu. Dia penaung tadika tu actually. so tu la dia excited sebab dia faham Tan Sri ni orang besar la kiranya. didi yang dengar cakap asim tu menyampuk "Abah bila dah tua nanti nak jadi Tan Sri ke?". aku menganguk je la - hehehe kalau orang bagi abah ambik je la sayang ....

dah pkl 10 anak2 dah gelisah. umi dorang tak keluar2 lagi kat screen tu. asim ngan didi dah start berebut seat. aduh la nasib baik anak2 orang lain dok bising kat bawah takde la ketara sangat apa2 yang anak2 aku buat. aqin biasalah cepat bosan. minta nak keluar. aku minta dorang sabar dulu sebab nak bagi dorang tengok umi dorang naik pentas ambik scroll sebab aku (& wife) nak dorang tengok hasil kerja keras umi dorang. balik lambat dll. biar dorang paham and hopefully dapat inspirasi biarpun dlm jangkamasa panjang. sekurang2nya event tersebut akan terpahat di dalam memori dorang selama2nya insyaallah. senang lah kitorang nak recall nanti bila dorang dah besar.

dekat pkl 11 baru dorang start, Phd dulu. abih phd baru master and memula dipanggil member my wife. so aku cakap kat anak2 kejap lagi umi keluar. lepas je wife aku ambik scroll dan turun, kami pun keluarlah dari dewan panggung seni tu, duduk kat luar dewan.

pkl 12.30 lebih baru abis so aku ngan didi pergi tunggu wife aku kat tempat keluar. asim & aqin pegi awal2 lagi dengan maid. lepas habis bergambar kitorang pun pegi kat keta. lepas makan2 skit kitorang balik la. tersalah ambik simpang untuk masuk KESAS selepas tol sungai besi tapi akhirnya masuk juga KESAS cuma terlepas satu tol. hehehe tak pasal2 aku jumpa short cut untuk elak tol KESAS.

sampai rumah aku lentok la apa lagi. memang penat betul. tapi apa2 pun aku harap event tu akan memberikan kesan positif pada anak2 aku dan dapat digunakan dalam perjalanan hidup dorang nanti.

Tiada ulasan: