Rabu, 6 Ogos 2008

First posting

Bismillah,

dah lama terfikir nak berblog. bukan takder masa cuma malas nak mulakan langkah. kalau dah malas tu apa pun tak kan jadi. So hari ni baru je lepas breakfast ni, terfikir nak mulakan menulis. banyak sangat yang berlaku dalam seminggu dua ni. dah la lebih dua bulan blank tak der idea nak tulis thesis master ni.

weekend terakhir bulan julai my family datang ke rumah sebab my youngest brother ada convo kat putrajaya. weekend tu juga my wife punya cousin meninggal. al-fatihah buat abang long fauzi. insan yang cukup sinonim dengan gurau senda dan pandai mengambil hati budak2 walaupun beliau sendiri tidak mempunyai anak.

weekend pertama bulan ogos (3/8) my princess didi ada pesta sukan ditadikanya (tadika anak soleh). murid2 di tadika tersebut hanya 9 orang so aku tak boleh bayangkan macam mana la pesta sukan tu nanti. tapi tabik spring buat cikgu mashitah & husband dan staf2nya sebab pesta sukan tu aku rasa cukup meriah. dorang banyakkan acara keluarga sebagai tambahan kepada acara kanak2 yg memang tak banyak. untuk acara keluarga, my family dapat tempat ke 3 untuk 3 dari 4 acara yg disertai. kira ok la tu kan sebab aku antara bapak yang paling kecik di kalangan bapak2 yang hadir. tapi acara yang paling kreatif dan yang tak pernah aku jumpa sebelum ini adalah acara ' suami soleh isteri solehah'. Dlm acara ini isteri kena pakaikan sarban (serban) pada suami. ada ke saper2 yang kalau pakai serban isteri yang tolong pakaikan? ustaz pun biasanya pakai sendiri kan. so kira ok gak la wife aku pakaikan serban tu dapat tempat ke 3.

aqin (anak sulung aku) plak masuk acara terbuka 'rentak islami' sama cam acara berebut kerusi la. dapat first place. masa tinggal 3 orang (2 kerusi) dia berebut dengan adik dia asim, so biasalah adik mengalah ngan abang. tapi ok gak lah strategi dorang tu sebab kalu asim masuk final mungkin susah nak menang sebab lawan sorang lagi tu lebih sihat dari dia.

petang tu plak kitorang bertolak ke hospital temerloh untuk melawat anak sepupu wife aku. dia ni ustaz kat raub. dia rebah masa nak ambik air sembahyang selepas habis ceramah mlm israk mikraj yang lepas. last aku borak dengan dia masa ibu dia meninggal awal tahun dulu.

sampai kat hospital temerloh yang dewasa sumer naik ke wad dan anak2 kitorang tinggalkan kat taman permainan di temani our maid. Sampai kat wad tengok ustaz yassir atas katil masih tidor. so lepas bercerita beberapa ketika aku bgtau wife nak turun tengok anak2. dlm lebih kurang pukul 7 kitorang just about to move to tempat letak kereta tiba2 aqin datang sambil memegang tangannya bgtau dia terjatuh. aduh anak aku ni, baru je terjatuh kat taman permainan tu. landing tangan dulu. wife aku seorang doktor pakar bius berubah muka tengok tangan aqin. yup aku dah hidu something wrong. so asalnya dah nak bertolak ke rumah kak long amah (isteri arwah abang long fauzi), terpaksalah duduk lama skit lagi kat situ.

lepas x-ray confirm tulang tangan aqin patah. masa nak inject tangan dia dengan ubat tahan sakit, anak jantan aku ni meraung mcm berlakon filem seram plak, agaknya satu hospital bergegar dengan raungan dia waktu tu. aku pegang kaki atok dia pegang kepala, nurse pegang tangan pastu wife aku sendiri yang biuskan. asim ada sekali tapi tak sanggup tengok. dia ni sayang sangat kat abang dia walaupun selalu kena buli.

selesai semua proses dlm pkl 10.30 mlm. sebab kitorang tak tau jalan nak pergi rumah kak long amah, bapak mertua aku datang ambik. sampai kat rumah kak long 5 minit je lepas tu. dekat je rumah dia rupanya. last pergi rumah dia rasanya dlm 4,5 tahun lepas. pastu cuma jumpa masa raya kat rumah mertua aku di dong, raub.

rumah dia skrang ni tengah renovate. dalam keadaan sekarang ni sempat lagi dia bergurau bila aku cakap "luas dapur kak long ni". dia jawab " tu la cadangnya nak main kejar2". "nak buat mcm mana kak long" pantas wife aku menyampuk lembut. kak long ni dari mula aku kenal dia kalau cakap memang agak lembut, 'soft spoken' kata orang kampung aku.

esoknya lepas sembahyang subuh kak long sapa aku lagi. "rie pakai tai tak?" aku jawab "pakai". "nak tak tai abang long?" tanya dia lagi. aku serba salah tak tau nak jawab apa. aku tak kisah cuma tak tau nak jawab mcm mana. tiba2 keluar je dari mulut aku "ikut kak long la". so dia bagi lah 2 tai baru (mungkin belum dipakai lagi kot).

pagi tu dlm pkl 8.45 pergi bandar temerloh kejap pastu terus bertolak balik ke shah alam. asim ni kalau pergi mana2 soklan wajib yang dia akan tanya adalah "abah, pukul berapa kita akan sampai?". lepas tu dia akan mula kira dan bagtau aku "abah lagi 1 jam 40 minit", "abah ada 53 minit lagi" hingga la sampai kat rumah. kalau sampai sebelum waktunya takper, tapi kalau terlepas mula la dia "abah tipu tadi cakap boleh sampai dlm masa 2 jam ". mmmm.... ni aku punya gene kot hehehehe.

petang semalam aku terima sms dari Brian (kawan lama aku kat mrsm kuantan dulu) bgtau isteri mat penang (hazlan - juga kawan lama kat mrsm kuantan) meninggal. aku baru berkira2 nak pergi rumah dia bila dah submit thesis master, kira nak jumpa family & family la, tak sangka plak isteri dia pergi dulu. aku dah 18 tahun tak jumpa mat penang. brian aku dah jumpa beberapa minggu lepas, pun selepas 18 tahun. masa tu dia dah bgtau isteri mat penang sakit. cuma aku tak tau yang dah level kritikal. al-fatihah kepada arwah shairulaniza. and to my friend mat penang semoga tabah mengharungi situasi ini.

lepas maghrib aku & wife bertolak ke dengkil. rumah parents arwah kat batu 29, jenderam hulu, dengkil. alhamdulillah tak sesat cuma berhenti dua tiga kali gak la tanya orang. sampai dlm pkl 9.30. jumpa brian dulu. then dia tunjukkan mat penang, so aku terus pergi. nampak je aku dia terus menangis sambil peluk. ye la dah 18 tahun tak jumpa tetiba jumpa dlm situasi mcm tu plak. aku cuma boleh cakap, "sabarlah". wife aku dah masuk ke dalam rumah jumpa sedara2 arwah. aku kat luar temankan mat penang. brian & hazali (adik mat penang ) ada sekali. rupanya hazali ni staf Datuk Sri Najib yang bertanggungjawab jaga hal ehwal dlm rumah dia.

pkl 10.30 brian mengadu lapar sebab dia tak sempat makan dari tengahari tadi. keta sumer kena block sebab orang dah mula ramai. so takder cara lain. terpaksalah aku pinjam motor brader kat situ. driver mat penang yang tolong pinjamkan. aku yang kena bawak sebab brian cakap dia tak biasa bawak motor. aku pun bukan biasa sangat. rasanya last bawak motor pun masa asim masih kecik (8 tahun).

So aku bawak, brian bonceng, helmet tak pakai. peerrrgh dah la lama benor tak bawak motor, nak bawak orang lain bonceng skali pulak tu. nasib baik jalan tak banyak keta so bawak la slow2. alhamdulillah selamat la sampai kat kedai makan Hassan Seafood (landmark yg brian bagi untuk ke rumah arwah). lepas makan aku order nasi goreng untuk wife & mat penang. wife aku sms bgtau kawan2 dah balik cuma tinggal sedara mara arwah je kat rumah. kira bagi hint kat aku kalau nak balik dah boleh la. lagipun masa tu dah pkl 11 lebih. lepas bayar makan terus naik motor balik dan bermula lah semula perjalanan yang menggerunkan di malam gelap tu. alhamdulillah selamat juga sampai semula kat rumah arwah.

lepas bersalam dengan penang aku & wife pun bertolak dari rumah arwah dlm pkl 11.45. balik ikut PLUS ke sg besi lepas tu masuk kesas. masa datang ikut KLIA (terlepas, sepatutnya masuk ikut putrajaya). sampai rumah dlm 12.40. lepas semayang tido dlm 1.30 kot.

so ari ni kat ofis. kepala aku pening skit tadi mungkin sebab tido lambat kot mlm tadi. ok kejap lagi nak sambung tulis thesis. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menulis thesis ni.

Tiada ulasan: