Jumaat, 25 September 2009

Ahad, 26 Oktober 2008

Thesis master

Bismillah,

Dua tiga hari ni alhamdulillah rasa dah dapat balik kekuatan untuk menambahkan kelajuan menyiapkan thesis master aku. kalau tak sebelum ni macam siput je, tengok graph langsung tak boleh nak buat analisa cam tengok batu je. kenapa ye, wallahua'lam.

pagi ni aku nak print semua part except literature review sebab ada lagi yang aku kena tambah untuk LR ni. reference aku rupanya tak cukup 100, so tu yang kena tambah lagi. yang lain2 dah boleh print dan bagi kat wife aku semak. nasib baik la ada bini yang terrer english ni hehehe. tapi bukan english je yang dia terrer, banyak benda lagi dia terrer woooo, untung aku dapat satu pakej.

ok lah, nak kena start wat keja ni. 7.15 tadi lagi aku kat office.

Selasa, 7 Oktober 2008

Masuk keja balik

hari ni dah 7 Syawal. semalam hari pertama la kiranya masuk keja balik. thesis belum siap2 lagi ni. tapi rasanya dah tak lama la kot. jadual waktu belum dapat lagi sebab tak dapat jumpa pengerusi jadual waktu fakulti. cuti raya lagi kot. dok kat bilik je la sambung tulis thesis sambil buat apa2 yang patut. boring juga tak mengajar ni. dah hujung semester ni tunggu jaga exam je la. dah kena bagi warning awal2 lagi aku mungkin kena jaga banyak exam sebagai ganti aku tak kena mark paper. takper la, takder lah boring tersangat2 nanti.

fikiran serabutku dah semakin hilang. ye la, mana ada benda yang kekal. semuanya akan pudar, apatah lagi kalau berusaha untuk menghilangkannya.

Jumaat, 19 September 2008

Ramadhan & hospital

Bismillah,

Hari ini dah 19 ramadhan. ini juga bermakna dah 19 hari ulangtahun kelahiran ku yang ke 35 dah berlalu. bukan aku lahir pada 1 ramadhan tapi tarikh kelahiran masihiku jatuh pada 1 ramadhan pada tahun ini. kalau ikut usia Rasullullah dah lebih separuh usiaku telah di habiskan. apakah lebihan usia yang tinggal akan memberikan lebih kebaikan atau sebaliknya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun ku pohon pada Nya, apa pun yang akan berlaku di masa hadapan, tetapkan lah iman ku dan tabahkan lah hati ku dan semoga aku tidak akan lari dari menjadi hambanya yang bersyukur dan sentiasa mengingati Nya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Fikiran ku masih bercelaru sehinggakan proses menghabiskan thesis master ku berjalan terlalu lambat seperti diperingkat permulaan dahulu wahhal segala experimental result boleh dikatakan dah ready sepenuhnya. tinggal lagi nak menghabiskan discussion dan sedikit tambahan untuk literature review.

anak2ku alhamdulillah puasa penuh lagi setakat ini kecuali didi yang baru berumur 6 tahun. rasanya dah lebih 10 hari juga dia berpuasa penuh. satu pencapaian yang aku sendiri tak dapat buat masa kecik2 dulu. tapi kan aku tengok kalu bab2 puasa ni budak2 perempuan selalu lebih dari budak2 lelaki. mungkin juga sebab bila dah dewasa mereka tak dapat melengkapkan puasa di atas sebab2 natural, therefore naturally juga masa kecik2 mereka ada kekuatan untuk puasa penuh. only Allah knows.

dalam bulan puasa ni ada la beberapa kali aku tidur kat hospital sungai buluh. bukan pasal aku sakit ke apa tapi aku temankan wife aku masa dia oncall. seronok tengok muka dia bila aku offer nak temankan dia kat sana. ada hari yang aku boleh tido tanpa gangguan, tapi ada juga satu hari tu skejap2 je bunyi telefon. Ada Medical Officer (MO) dia call tanya itu tanya ini, aku pun terjaga la sekali. ada masa tu dia terpaksa bangun bergegas ke wad kalu ada case2 yang MO dia tak boleh tangani. MO dia tu kadang2 tak tido. sekarang ni wife aku specialist, so masa MO dulu sure dia pun mcm tu. huuh kalu saper2 komplen lambat diberikan treatment masa kat hospital ke apa ke, nak je aku offer (kalu boleh lah) duduk kat spital 1 @ 2 hari tengok camner org2 kat situ keja. bukan sebab isteri aku doktor tapi sebab aku dah tengok dan rasa sendiri.

Dah nak masuk subuh pun. lepas ni nak sambung tulis thesis balik. ari ni wat keja kat rumah la. somehow masa2 tengah berserabut ni, i just need my wife to stay besides me or at least she is around. mlm ni dia oncall tapi tak dapat temankan dia sebab anak2 bersekolah. aku cuma temankan dia masa hujung minggu je sebab anak2 boleh dihantar ke rumah atok dorang kat kubu gajah, sungai buloh. nanti dlm pkl 9 kalu takder keja2 tambahan kat hospital my wife akan sampai rumah la. lepas on call esoknya dia akan cuti. so kalu oncall hari khamis paling best sebab jumaat cuti terus sambung sabtu dan ahad (tu pun kalu ahad tak on call la).

Khamis, 21 Ogos 2008

Bila la nak habis thesis master ni

Bismillah,

Betul2 tengah ilang fokus la skrg ni. serba tak kena je semua benda. janji ngan supervisor nak hantar first draft thesis ujung minggu depan. ish ish ish, sempat ke ni. dia nak baca lagi, pastu nak wat correction lagi, pastu nak hantar kali kedua lagi. 24/9 dah kena masuk keja balik. dah masuk keja faham2 la keja pun bertambah. aarrrgggghhhh aku kena sambung buat thesis sekarang juga.

Ahad, 10 Ogos 2008

Lirik Nasyid

Bismillah,

lagu dan lirik nasyid ini aku gubah untuk perhimpunan musim sejuk pelajar2 di UK pada 1995.

Ulama' dan intelek

Sirah Rasulullah telah menyatakan
Gabungan yang utuh perlu diwujudkan
Ulama' pelindung batasan agama
Intelek pendayung perahu negara

Pertemuan ini moga dirahmati
Penyatuan ini moga diberkati
Hasrat bersatu dibawah satu panji
Cita kan menuju ke arah yang pasti

Kebangkitan umat islam masa kini
Diteraju oleh ulama' hakiki
Sejarah yang silam kan berulang lagi
Menjadi pegangan mujahid Ilahi

Ulama' sejati tidak pernah kalah pada himpitan dan tekanan dunia
Intelek perkasa tidak pernah kenal pada penat lelah juga kerehatan
Itulah gabungan peneraju dunia itu penyatuan yang mewarnai maya

Marilah bersama membangunkan ummah
Tegakkan negara berlandaskan iman
Disini letaknya kemanisan hidup
Dibawah rahmat dan restu yang Maha Esa

Pada Allah kami panjatkan doa
Restuilah perjalanan suci ini
Keyakinan disuatu hari nanti
Kalimah Mu kan bergema kembali
Di alam ini ..........

azri 1995

Abah nak jadi Tan Sri?

Bismillah,

semalam 9/8 convo wife aku kat UKM. memang penat betul. biasalah konvo, dah lah tu sidang pertama lak tu. pkl 6.40 pagi bertolak dari rumah sampai dlm pkl 7.20 pagi. tempat letak kereta hampir penuh. last2 aku park dekat dengan padang tak jauh dari dewan konvo.

selepas wife aku and mak bapak dia masuk dewan aku duduk ngan anak2. maid aku bawak sekali in case kena tinggalkan anak2 nak pegi toilet ke senang la skit. memula round gerai2 bunga. plan nak belikan satu kat wife aku. didi pilih la satu bunga tu. mak oi RM35 untuk satu jambak (6 kuntum bunga - ros kot). aku ni mana pernah beli bunga untuk konvo so tak tahu lah harga standard berapa ringgit. ingatkan nak round2 dulu survey dah didi nak juga yang tu beli je lah.

masa tu jam baru pkl 8 pagi. jenuh juga nak tunggu sebab jangkaan abih pkl 12.30. aku cari2 lah tempat untuk tengok tru screen sebab biasanya kalau tak leh masuk dewan konvo akan ada screen kat luar. asalnya aku nak cari toilet dulu tetiba nampak ada entrance kat tepi toilet tu so aku jenguk2 la. rupa nya depa pasang screen tu kat dalam bangunan tu - panggung seni. so lepas tu pegi ambik anak2 & maid kat keta and masuk terus kat dlm panggung seni tu.

masa tengah tengok screen tu dia paparkan nama yang menerima anugerah. ada satu tu Tan Sri Sulaiman yang dapat anugerah Doktor kehormat. asim yang memang selalu teruja dengan "Tan Sri" tu ckp kat aku " eh Tan Sri la abah". baru aku ingat masa hari sukan tadika didi pada ahad lepas Tan Sri Abu Hassan Omar (bekas menteri besar selangor) yang rasmikan hari sukan tu. Dia penaung tadika tu actually. so tu la dia excited sebab dia faham Tan Sri ni orang besar la kiranya. didi yang dengar cakap asim tu menyampuk "Abah bila dah tua nanti nak jadi Tan Sri ke?". aku menganguk je la - hehehe kalau orang bagi abah ambik je la sayang ....

dah pkl 10 anak2 dah gelisah. umi dorang tak keluar2 lagi kat screen tu. asim ngan didi dah start berebut seat. aduh la nasib baik anak2 orang lain dok bising kat bawah takde la ketara sangat apa2 yang anak2 aku buat. aqin biasalah cepat bosan. minta nak keluar. aku minta dorang sabar dulu sebab nak bagi dorang tengok umi dorang naik pentas ambik scroll sebab aku (& wife) nak dorang tengok hasil kerja keras umi dorang. balik lambat dll. biar dorang paham and hopefully dapat inspirasi biarpun dlm jangkamasa panjang. sekurang2nya event tersebut akan terpahat di dalam memori dorang selama2nya insyaallah. senang lah kitorang nak recall nanti bila dorang dah besar.

dekat pkl 11 baru dorang start, Phd dulu. abih phd baru master and memula dipanggil member my wife. so aku cakap kat anak2 kejap lagi umi keluar. lepas je wife aku ambik scroll dan turun, kami pun keluarlah dari dewan panggung seni tu, duduk kat luar dewan.

pkl 12.30 lebih baru abis so aku ngan didi pergi tunggu wife aku kat tempat keluar. asim & aqin pegi awal2 lagi dengan maid. lepas habis bergambar kitorang pun pegi kat keta. lepas makan2 skit kitorang balik la. tersalah ambik simpang untuk masuk KESAS selepas tol sungai besi tapi akhirnya masuk juga KESAS cuma terlepas satu tol. hehehe tak pasal2 aku jumpa short cut untuk elak tol KESAS.

sampai rumah aku lentok la apa lagi. memang penat betul. tapi apa2 pun aku harap event tu akan memberikan kesan positif pada anak2 aku dan dapat digunakan dalam perjalanan hidup dorang nanti.