Jumaat, 19 September 2008

Ramadhan & hospital

Bismillah,

Hari ini dah 19 ramadhan. ini juga bermakna dah 19 hari ulangtahun kelahiran ku yang ke 35 dah berlalu. bukan aku lahir pada 1 ramadhan tapi tarikh kelahiran masihiku jatuh pada 1 ramadhan pada tahun ini. kalau ikut usia Rasullullah dah lebih separuh usiaku telah di habiskan. apakah lebihan usia yang tinggal akan memberikan lebih kebaikan atau sebaliknya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun ku pohon pada Nya, apa pun yang akan berlaku di masa hadapan, tetapkan lah iman ku dan tabahkan lah hati ku dan semoga aku tidak akan lari dari menjadi hambanya yang bersyukur dan sentiasa mengingati Nya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Fikiran ku masih bercelaru sehinggakan proses menghabiskan thesis master ku berjalan terlalu lambat seperti diperingkat permulaan dahulu wahhal segala experimental result boleh dikatakan dah ready sepenuhnya. tinggal lagi nak menghabiskan discussion dan sedikit tambahan untuk literature review.

anak2ku alhamdulillah puasa penuh lagi setakat ini kecuali didi yang baru berumur 6 tahun. rasanya dah lebih 10 hari juga dia berpuasa penuh. satu pencapaian yang aku sendiri tak dapat buat masa kecik2 dulu. tapi kan aku tengok kalu bab2 puasa ni budak2 perempuan selalu lebih dari budak2 lelaki. mungkin juga sebab bila dah dewasa mereka tak dapat melengkapkan puasa di atas sebab2 natural, therefore naturally juga masa kecik2 mereka ada kekuatan untuk puasa penuh. only Allah knows.

dalam bulan puasa ni ada la beberapa kali aku tidur kat hospital sungai buluh. bukan pasal aku sakit ke apa tapi aku temankan wife aku masa dia oncall. seronok tengok muka dia bila aku offer nak temankan dia kat sana. ada hari yang aku boleh tido tanpa gangguan, tapi ada juga satu hari tu skejap2 je bunyi telefon. Ada Medical Officer (MO) dia call tanya itu tanya ini, aku pun terjaga la sekali. ada masa tu dia terpaksa bangun bergegas ke wad kalu ada case2 yang MO dia tak boleh tangani. MO dia tu kadang2 tak tido. sekarang ni wife aku specialist, so masa MO dulu sure dia pun mcm tu. huuh kalu saper2 komplen lambat diberikan treatment masa kat hospital ke apa ke, nak je aku offer (kalu boleh lah) duduk kat spital 1 @ 2 hari tengok camner org2 kat situ keja. bukan sebab isteri aku doktor tapi sebab aku dah tengok dan rasa sendiri.

Dah nak masuk subuh pun. lepas ni nak sambung tulis thesis balik. ari ni wat keja kat rumah la. somehow masa2 tengah berserabut ni, i just need my wife to stay besides me or at least she is around. mlm ni dia oncall tapi tak dapat temankan dia sebab anak2 bersekolah. aku cuma temankan dia masa hujung minggu je sebab anak2 boleh dihantar ke rumah atok dorang kat kubu gajah, sungai buloh. nanti dlm pkl 9 kalu takder keja2 tambahan kat hospital my wife akan sampai rumah la. lepas on call esoknya dia akan cuti. so kalu oncall hari khamis paling best sebab jumaat cuti terus sambung sabtu dan ahad (tu pun kalu ahad tak on call la).

Tiada ulasan: